Posts

Showing posts from May, 2015

ORANG KITA KATA | ORANG ISLAM KATA

Orang kita kata, kalau dah ada rezeki baru kahwin, Tapi orang Islam kata nak tambah rezeki kena kahwin. Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit, Tapi orang Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit atau sedekah. Orang kita kata dah kaya baru bantu orang miskin, Tapi orang Islam kata kalau nak kaya bantu orang miskin. Orang kita kata makan sampai kenyang, Tapi orang Islam kata berhenti sebelum kenyang. Orang kita kata sakit itu bala, Tapi orang Islam kata sakit itu penghapus dosa. Inilah keindahan Islam yang sentiasa positif, yang bersandarkan keyakinan tinggi hanya kepada Allah swt... #katakata

P E R J A L A N A N

Sejauh mana kita pergi , Sejauh mana kita melangkah , Sejauh mana kita berlari , Sentiasalah ingat kepada Allah ... Bila kita ingat Dia , Bila kita rindu akan Dia , Pasti Dia juga akan ingat kepada kita , Dia tidak pernah melupakan kita walau sesaat pun .. Hebat mana musibah , Hebat mana ujian yang menimpa kita , Itu tandanya Dia sayang kepada kita , Dia rindukan kita , Dia mahu kita sentiasa mengingati Dia , Sentiasa menangis dan mengadu hanya kepada Dia .. La Tahzan Innallaha Maana ! #katakata

Untuk Yang Baru Berjinak-Jinak Dengan Niqab (Purdah)

Image
Cerpen: "Ayah, Kenapa Tak Bagi Saya Pakai Purdah?" Penulis / Karya Original : Muhammad Rusydi (Rusydee Artz) "Ayah, kenapa tak bagi saya pakai purdah? I love niqab so much!" Anak gadisnya yang baru daftar universiti itu mengajukan soalan yang sama sejak malam semalam. Ayahnya sejak malam tadi cuma senyum. Tapi, hari ini, nampaknya dia akan bersuara. "Ayah nak tanya satu soalan. Perhatikan pakaian kamu sekarang, adakah masih tidak menutup aurat?" Anaknya menggelengkan kepala. "Sudah cukup asas yang wajibnya. Sudah tutup yang mana wajib tutup. Adakah ayah nak halang saya dari pakai niqab sebagaimana pakaian isteri Nabi s.a.w.?" Ayahnya cuma tersenyum. "Tidak. Ayah bukan nak halang. Tidak juga menidakkan andai dikatakan purdah itu jua sunnah sebagaimana lelaki memakai serban. Sedikit pun bukan kerana hukum." Anaknya berpeluk tubuh, tidak puas hati. "Habis tu?" Ayahnya tenang. "Berapa ramaika

UHIBBUKI FILLAH ...

Image
Perkahwinan sebenarnya dapat membawa kita "cinta kepada Allah" , bawa seluruh keluarga kita "kembali kepada Allah" , betapa nikmatnya dapat bersama-sama mengharungi "jalan Allah".. Tahajud bersama-sama , menangis kerana Allah bersama-sama , belajar dan mengaji bersama-sama , hidupkan suasana rumah dengan Al-Quran seharian. Isteri masak, suami tolong basuh pinggan. Isteri basuh baju, suami tolong angkat baju. Isteri siram bunga, suami tolong betulkan pasu bunga. Isteri merajuk, suami pujuk. Isteri mena ngis, suami minta maaf. Isteri hamil, suami jaga. Isteri ada masalah, suami pinjamkan telinga dan bahu. Sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang paling mereka suka. -Sayang abang yang cantik -Sayang abang yang menawan -Sayang abang yang solehah -Sayang abang yang lemah lembut -Suami sayang yang baik hati -Suami sayang yang bijak -Suami sayang yang soleh Dan sebagainya ... Suami , sekali sekala dukung isteri seperti Nabi SAW duk

K E H I D U P A N

Kadang kala kita sering terfikir, mengapa Allah masih memberikan kesempatan nikmat bernafas kepada kita.. Allahu Akbar ! Ketahuilah bahawa Allah masih lagi menyayangi kita, Dia memberi rasa kenikmatan itu kerana Dia ingin kita ubah diri kita ini agar menjadi yang lebih baik.  Mungkin semalam kita banyak melakukan keburukkan dan kemungkaran. Tapi, siapa yang akan tahu melainkan Allah bahawa harini kita mampu menjadi seorang manusia yang baik akhlak dan budi pekerti.. Mungkin semalam kita ingkar terhadap suruhan ibu ayah kita. Tapi, siapa tahu yang harini kita mampu untuk taat serta menggembirakan hati ayah ibu kita.. Jadilah anak yang soleh dan solehah terhadap kedua orang tuamu, nescaya engkau akan merasa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Mungkin semalam kita tidak mampu untuk mendidik diri kita untuk menjadi umat yang soleh dan solehah. Namun, mungkin harini kita mampu untuk menjadi umat yang bertaqwa serta mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Ingatlah, Allah itu Maha Penga