Untuk Yang Baru Berjinak-Jinak Dengan Niqab (Purdah)


Cerpen: "Ayah, Kenapa Tak Bagi Saya Pakai Purdah?"

Penulis / Karya Original : Muhammad Rusydi (Rusydee Artz)

"Ayah, kenapa tak bagi saya pakai purdah? I love niqab so much!"
Anak gadisnya yang baru daftar universiti itu mengajukan soalan yang sama sejak malam semalam. Ayahnya sejak malam tadi cuma senyum. Tapi, hari ini, nampaknya dia akan bersuara.
"Ayah nak tanya satu soalan. Perhatikan pakaian kamu sekarang, adakah masih tidak menutup aurat?"
Anaknya menggelengkan kepala.
"Sudah cukup asas yang wajibnya. Sudah tutup yang mana wajib tutup. Adakah ayah nak halang saya dari pakai niqab sebagaimana pakaian isteri Nabi s.a.w.?"
Ayahnya cuma tersenyum.
"Tidak. Ayah bukan nak halang. Tidak juga menidakkan andai dikatakan purdah itu jua sunnah sebagaimana lelaki memakai serban. Sedikit pun bukan kerana hukum."
Anaknya berpeluk tubuh, tidak puas hati.
"Habis tu?"
Ayahnya tenang.
"Berapa ramaikah lelaki yang mengganggu kamu sampai saat ini? Seorang, dua orang atau dua puluh orang?"
Anaknya berkerut kening.
"Tidak sampai sepuluh orang."
Ayahnya bertanya lagi.
"Dari manakah gangguan itu, realiti atau alam maya? Jujur."
Anaknya berkerut kening lagi.
"Hmm. Jujur cuma dari alam maya. Di realiti, kadang-kadang tidak dipandang pun. Tidak diberikan perhatian pun. Anak ayah bukannya awek cun yang diseru-seru lelaki di jalanan. Yang difeewit-feewit. Ayah kenal anak ayah."
Ayahnya tenang lagi bertanya, "Gangguan itu disebabkan gambar-gambar yang menarik mata, kan? Gambar-gambar tahap 'gambar harapan palsu', iaitu gambar edit yang menyebabkan seseorang melihatnya sambil berharap mahukannya. Sedangkan ianya bukan kamu. Jadi, gangguan datang kerana tindakan siapa, kamu atau mereka?"
Anaknya diam sejenak.
"Saya."
Kemudian, anaknya menjawab tidak puas hati, "Apa kaitannya dengan semua ini? Salahkah saya nak pakai juga?"
Ayahnya duduk di beranda sambil menikmati angin senja.
"Tak salah. Ayah tak sebut tentang salah. Cuma, lihatlah pada cara, gaya dan luahan ketidakpuashatian kamu sejak semalam, cuba cerminkan kembali. Muhasabah diri kembali. Adakah begitu akhlaknya seindah pakaian yang mahu dipakai. Adakah begitu caranya tidak puas hati kamu luahkan pada ayah sendiri? Di mana adabnya?
Bukan ayah agungkan pakaian, atau hormati tinggi melangit pakaian yang menutup muka itu, cuma ayah lebih pentingkan agama yang anak ayah bawa ini. Ayah mahu, anak ayah berperilaku dengan pakaian yang lebih indah dari pakaian niqab, iaitu pakaian akhlak. Indah akhlak kamu, sudah cukup untuk menjaga diri kamu. Bukan niqab yang sebenarnya menjaga kamu. Tapi, pembawaan diri kamu sendiri. Jalan mana yang kamu pilih. Kematangan fikiran dalam menentukan mana yang baik, mana yang tidak.
Selagi ayah hidup, ayahlah yang bertindak sebagai niqab kamu. Ayahlah yang melindungi kamu dari lelaki-lelaki tak guna di dunia ini. Ayahlah yang tempias sahamnya andai ayah gagal kawal anak gadis sendiri. Menutup aurat yang wajib itu dituntut. Untuk melengkapinya, hati yang hitam juga perlu ditutup dari dosa-dosa. Niqabkan hati dengan agama yang mantap. Insya-Allah, selamat dunia dan akhirat. Akhir kata dari ayah, kamu nak pakai atau tidak, itu terserah. Tiada halangan dari ayah."
Ayahnya mundur ke dapur goreng cekodok. Anaknya terkebil-kebil sendirian. Nampak macam nak menangis.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
📝Nota penulis📝
Secara peribadi, penulis amat menyarankan para muslimah memakai niqab dengan sepenuh kefahaman dan tulus ikhlas niat untuk menjaga agama, maruah dirinya . Insya-All
ah,
Allah bantu.

Popular posts from this blog

KAU PEMILIK CINTA ...

AURAT

LUAHKAN PADA ALLAH