AURAT
Assalamualaikum, entri ana pada kali ini adalah mengenai aurat.
Ana nak kongsikan sedikit persoalan dan jawapan yang ana tujukan kepada ustaz ana..
"Ustaz nak tanya, aurat wanita tuu adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan kan?"
"Ya.. Kenapa?"
"Kalau macam tuu, adakah bawah dagu kita nie aurat?
"Ada banyak percanggahan ulama berkaitan isu ini. Menurut Imam as-Syafie, seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, jadi bagi kamu muka tuu macam mana?
"Muka tuu seluruh muka lahh kann.. tapi bawah dagu tuu bukan muka kann ustaz ?"
"Sebenarnya macam nie, dia bergantung pada seseorang itu iaitu diri dia sendiri. Seandainya dia menganggap bahawa bawah dagu dia itu adalah aurat, maka dia wajiblah tutup bawah dagu tersebut. Dan jika seandainya seseorang itu menganggap bawah dagu dia itu bukan aurat, maka ia dikira harus dan tidak wajib menutupnya."
"So maknanye depends pada diri seseorang tuu lahh kann?"
"Yee, ikut pada diri seseorang itu, jika wajib, maka wajiblah. Jika harus, maka haruslah."
"Terima kasih..."
"Sama sama..."
So the end ! Itulah yang ana sering terfikir kerana ada seseorang pernah menegur ana mengenai isu ini. Jadi jawapannya ialah, tanyalah ustaz enta.
Jadi, wahai para wanita muslimah sekalian.. Tutuplah auratmu wahai sayangku ! Tidak akan kamu berasa menyesal jika kamu berubah kearah kebaikkan. Labuhkan tudungmu separas dadamu. Pakailah stokin sayang.
Duhai kaum hawa...
Rambut itu aurat,
Kaki itu aurat,
Lengan itu aurat.
Membuka aurat itu haram, menampakkan aurat itu haram, pakai tudung yang tak menutupi dada itu berdoasa.
Sekarang dah tahukan ?
Jadi...
Siapa yang masih dalam zon "tidak tutup aurat" maka tutuplah sayang. Allah Maha Pengampun Dan Maha Penyayang. Berusahalah untuk perbaiki diri. Jika kali pertama menutup aurat, kamu berasa terpaksa, maka itu tidak akan mendapat apa apa ganjaran, sayang. Maka tutuplah aurat secara tenang dan sukarela kerana itu adalah kewajipan buat dirimu, insyaAllah nanti akan jadi kerana TERPAKSA itulah akan membawa kamu semua berasa SELESA, TENANG dan SELAMAT ...
Dan siapa yang dah berada dalam keadaan "tutup aurat sempurna" maka istiqomah lah sayang. La Tahzan, Allah ada bersama-sama kamu. Jika kamu dicemuh, dipandang hina, janganlah risau kerana Allah ada bersamamu dan sahabat muslimah lain juga sentiasa disisimu..
Jika kamu sayang AYAH kamu, SUAMI kamu, ABANG kamu, ADIK LELAKI kamu, maka tutuplah aurat secara sempurna... Allah sentiasa ada untuk mendengar segala keluh kesah kamu. Biarkan saja apa yang manusia ingin katakan kepadamu, dan patuhlah terhadap apa yang Allah sudah katakan !
"Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha, sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting." (Allahyarham Ahmad Ammar)
Wallahu'alam...
#katakata
#muhasabahdiri
#tarbiyahdiri