UHIBBUKI FILLAH ...



Perkahwinan sebenarnya dapat membawa kita "cinta kepada Allah" , bawa seluruh keluarga kita "kembali kepada Allah" , betapa nikmatnya dapat bersama-sama mengharungi "jalan Allah"..

Tahajud bersama-sama , menangis kerana Allah bersama-sama , belajar dan mengaji bersama-sama , hidupkan suasana rumah dengan Al-Quran seharian.

Isteri masak, suami tolong basuh pinggan.
Isteri basuh baju, suami tolong angkat baju.
Isteri siram bunga, suami tolong betulkan pasu bunga.
Isteri merajuk, suami pujuk.
Isteri menangis, suami minta maaf.
Isteri hamil, suami jaga.
Isteri ada masalah, suami pinjamkan telinga dan bahu.
Sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang paling mereka suka.
-Sayang abang yang cantik
-Sayang abang yang menawan
-Sayang abang yang solehah
-Sayang abang yang lemah lembut
-Suami sayang yang baik hati
-Suami sayang yang bijak
-Suami sayang yang soleh
Dan sebagainya ...

Suami , sekali sekala dukung isteri seperti Nabi SAW dukung Aisyah.
Kenakan pipi dengan penuh kasih sayang dan manja.
Sebelum tidur sama-samalah saling memaafkan.
Bila dah memilki zuriat, bimbinglah mereka ke 'Jalan Allah'
Berkahwinlah serta tetapkanlah niat ingin "bercinta selepas nikah"
Insya-Allah , 
Nikah itu indah .

Popular posts from this blog

KAU PEMILIK CINTA ...

AURAT

LUAHKAN PADA ALLAH