K E H I D U P A N
Kadang kala kita sering terfikir, mengapa Allah masih memberikan kesempatan nikmat bernafas kepada kita.. Allahu Akbar ! Ketahuilah bahawa Allah masih lagi menyayangi kita, Dia memberi rasa kenikmatan itu kerana Dia ingin kita ubah diri kita ini agar menjadi yang lebih baik.
Mungkin semalam kita banyak melakukan keburukkan dan kemungkaran. Tapi, siapa yang akan tahu melainkan Allah bahawa harini kita mampu menjadi seorang manusia yang baik akhlak dan budi pekerti..
Mungkin semalam kita ingkar terhadap suruhan ibu ayah kita. Tapi, siapa tahu yang harini kita mampu untuk taat serta menggembirakan hati ayah ibu kita.. Jadilah anak yang soleh dan solehah terhadap kedua orang tuamu, nescaya engkau akan merasa kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Mungkin semalam kita tidak mampu untuk mendidik diri kita untuk menjadi umat yang soleh dan solehah. Namun, mungkin harini kita mampu untuk menjadi umat yang bertaqwa serta mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Ingatlah, Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Sentiasa ikhlaskan niat kerana Allah dalam membuat satu perkara, insya-Allah kita akan merasa kedamaian dalam hidup ini.
Ingatlah, seandainya nyawa kita diambil oleh Malaikat Maut pada esok hari, adakah cukup amalan kita itu untuk menentukan sama ada kita layak atau tidak untuk melangkahkan kaki ke dalam Syurga-Nya...
" Tepuk Dada, Tanya Iman "