SAHABAT KERANA ALLAH
Pernah tak ? Kawan kawan kau perlahan-lahan pergi meninggalkan kau ketika kau mula aktif dalam dunia tarbiyah. Sejak kau mula membuka cerita mengenai Islam, mengenai agama. Sejak kau selalu menegur dan menasihati mereka untuk berubah kearah kebaikkan.
Pernah tak ? Kawan kawan kau mula mengelak dan berhenti untuk terus bertegur sapa dengan kau, sebab mereka rasa tak selesa tengok kau berpakaian seperti hendak ke masjid. Mereka rasa tak selesa nak mencarut atau buka cerita cerita gosip depan kau, then mereka jauhkan diri dari kau dan hanya lepak- lepak sama mereka sahaja.
Wallahi !
Tanpa kau sedar, kawan kawan baik kau selama ini kau sayang, yang dahulunya selalu bersama-sama keluar makan, tengok wayang sekali, tetapi kini terasa seperti orang asing yang tak pernah kenal antara satu sama lain. Sehinggakan kau sendiri rasa serba salah dan juga malu untuk bertanya khabar kerana takut mereka tak suka dan rasa tak selesa.
Saat itu, mesti kau akan terasa sunyi dan sedih. Terasa bagai ditinggalkan dan disisihkan seorang diri. Tiada lagi kawan untuk berkongsi kisah suka duka, untuk bertanya pendapat serta pengalaman. Tiada lagi kawan yang sanggup ambil berat pasal kau sebagaimana kau mengambil berat mengenai mereka.
Tapi, betulkah tiada kawan ?
Mungkin kau tak sedar. Apabila hilangnya kawan lama daripada hidup kau, Allah akan hadirkan pula sahabat sahabat baru untuk mengisi rasa kesunyian kau itu. Sahabat yang sentiasa tersenyum, ketawa dan menangis bersama kau, hanya kerana Allah.
Lillahi Ta'ala !
Sahabat yang sudi menjalinkan ukhuwah dengan kau, bukan lagi kerana kau cantik, kau popular atau kau kaya, itu bukan adalah asbab mereka bersahabat dengan kau. Tetapi adalah kerana kau selalu mengingatkan dia kepada Allah. Sebagaimana dia juga mengingatkan kau terhadap Allah.
Saat itu, jagalah sahabat baru kau itu dengan sebaik-baiknya. Dan pada masa yang sama, janganlah kau pinggirkan kawan kawan kau yang lama, doakanlah mereka agar mereka juga turut sama dapat merasa nikmatnya apabila berukhuwah kerana Allah, yang sepertimana yang kau tengah rasai pada saat ini.
@_nurathierah
