Posts

JOURNEY OF DIGITAL TECHNOLOGY STUDENT (PART 2)

Image
Sambungan ... Masa sampai Terengganu, otw nak ke homestay akan lalu depan Politeknik sebab poli betul betul tepi jalan besar dan memang nampak tersergam indah nama POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN. Masa first tu just tengok sekali imbas je takde lah rasa insecure atau jakun ke apa . Settle check in homestay dan ready for tomorrow iaitu hari pendaftaran. Memula masuk untuk pendaftaran tu dekat Dewan Dagang betul betul after pintu gate besar . Kena beratur and kawan first aku jumpa masatu adalah Anis Najibah nama dia . Cakap sikit sikit jee tak tegur sangat pun sebab aku banyak diam masatu huhuhu. Settle pendaftaran penyerahan dokumen semua, tunggu untuk dapatkan kunci bilik sebab duduk asrama right . Ditakdirkan aku dapat roommate si anis tu sebab dia beratur depan aku masatu . Satu bilik 2 orang, then keluar dewan terus inform family yang roommate aku orang kelantan . Naik bilik settle semua kemas barang, then family aku pun nak balik masatu . Wallahi aku tak ada perasaa

JOURNEY OF DIGITAL TECHNOLOGY STUDENT (PART 1)

Image
As you all know, i'm one of student at politeknik in Digital Technology Programs. Now i want to share how my life as student of Politeknik in Course Digital Technology. First of all, Digital Technology stand for Information Technology (IT), its a same but just different by name, so please don't be confuse ...   Bismillah for start sharing my student's life ! Okay masa mula mula apply this course secara online (upu), nama course nie lain bukan Teknologi Digital tapi adalah "Pengaturcaraan" so i don't know what it's that dan tak pernah lansung terfikir untuk sambung course IT for my diploma actually . At the same time memang tak suka lansung course IT nie . I assume "Pengaturcaraan" nie course yang hmm okay taknak cakap sebab benda nie telah memperbodohkan diri sendiri hahaha. So masa check keputusan tu, Alhamdulillah Ala Kulli Hal that i dapat course tersebut masa tu seronok happy kemain lagi siap macam nak menjerit dekat rumah sebab dapa

MY SKINCARE ROUTINE

First of all, this post is not a review product or i'm selling product.  But it just for sharing my skincare routine since last year .  So yeah, let's go guys ! MORNING ROUTINE : 1. Cleanser Cosmoderm  Vitamin E  2. Toner Cosmoderm Vitamin E 3. Acne Treatment OXY 10 4. Moisturiser  Vitamin E Cream 3,000 5. Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF50 NIGHT ROUTINE : 1. Cleanser Cosmoderm  Vitamin E  2. Toner Cosmoderm Vitamin E 3. Acne Treatment OXY 10 4. Moisturiser  Vitamin E Cream 3,000 5. Lip Balm Maybelline WEEKLY ROUTINE : 1. Scrub St. Ives Acne Control Apricot 2. Clay Mask Freeman Feeling Beautiful Mint & Lemon

Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah

Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka. RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." ( Surah Al-Isra' ayat 23) Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ib

10 NASIHAT LUQMAN AL HAQIM MENGENAI KEHIDUPAN

1. Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam didalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, yang isinya adalah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah swt. 2. Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah. 3. Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya. 4. Perbaikilah tutur katamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain ya

WAHAI WANITA

Image
Saat Allah menciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat sangat utama. Allah menciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup lembut dan selesa untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak tidur. Allah memebrikan wanita itu kekuatan untuk melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali dia menerima cerca daripada anaknya. Allah memberikan keteguhan, yang sentiasa membuatnya untuk tetap bertahan serta tidak pernah kenal erti menyerah saat semua orang sudah berputus asa. Pada wanita itu, Allah memberikan kesabaran untuk merawat keluarganya, walau dia letih, sakit serta lelah, tetapi dia tetap melakukannya tanpa berkeluh kesah. Allah memberikan wanita itu perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam keadaan serta situasi apa pun. Walaupun anak anaknya sering melukai hatinya. Allah memberikan wanita itu airmata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berik

SAHABAT KERANA ALLAH

Image
Pernah tak ? Kawan kawan kau perlahan-lahan pergi meninggalkan kau ketika kau mula aktif dalam dunia tarbiyah. Sejak kau mula membuka cerita mengenai Islam, mengenai agama. Sejak kau selalu menegur dan menasihati mereka untuk berubah kearah kebaikkan.  Pernah tak ? Kawan kawan kau mula mengelak dan berhenti untuk terus bertegur sapa dengan kau, sebab mereka rasa tak selesa tengok kau berpakaian seperti hendak ke masjid. Mereka rasa tak selesa nak mencarut atau buka cerita cerita gosip depan kau, then mereka jauhkan diri dari kau dan hanya lepak- lepak sama mereka sahaja. Wallahi ! Tanpa kau sedar, kawan kawan baik kau selama ini kau sayang, yang dahulunya selalu bersama-sama keluar makan, tengok wayang sekali, tetapi kini terasa seperti orang asing yang tak pernah kenal antara satu sama lain. Sehinggakan kau sendiri rasa serba salah dan juga malu untuk bertanya khabar kerana takut mereka tak suka dan rasa tak selesa. Saat itu, mesti kau akan terasa sunyi dan sedih.