JOURNEY OF DIGITAL TECHNOLOGY STUDENT (PART 2)



Sambungan ...

Masa sampai Terengganu, otw nak ke homestay akan lalu depan Politeknik sebab poli betul betul tepi jalan besar dan memang nampak tersergam indah nama POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN. Masa first tu just tengok sekali imbas je takde lah rasa insecure atau jakun ke apa . Settle check in homestay dan ready for tomorrow iaitu hari pendaftaran.

Memula masuk untuk pendaftaran tu dekat Dewan Dagang betul betul after pintu gate besar . Kena beratur and kawan first aku jumpa masatu adalah Anis Najibah nama dia . Cakap sikit sikit jee tak tegur sangat pun sebab aku banyak diam masatu huhuhu. Settle pendaftaran penyerahan dokumen semua, tunggu untuk dapatkan kunci bilik sebab duduk asrama right . Ditakdirkan aku dapat roommate si anis tu sebab dia beratur depan aku masatu . Satu bilik 2 orang, then keluar dewan terus inform family yang roommate aku orang kelantan . Naik bilik settle semua kemas barang, then family aku pun nak balik masatu . Wallahi aku tak ada perasaan lansung masatu, just salam salam cium pipi semua ibu ayah bagi pesanan then terus balik begitu je. Aku dengan rilek rilek naik bilik seolah olah tak ada apa yang berlaku padahal family aku nak balik Johor dah dan aku stay Terengganu .

Then start orentasi dalam 3 hari macam tu. Next week start kelas pada hari Ahad, why ahad ? Ini Terengganu ye, Jumaat dan Sabtu cuti manakala Ahad start kuliah dan kerja. Masa mula mula tu yelah awkward dulu dengan roommate sebab baru kenal kan, panggilan pun guna " awak saya" haishhh baik sangat wehhh aku panggil begitu hahaha. Dan bermulalah minggu orentasi PSMZA untuk pelajar baru selama 3 hari sahaja. Ya gaiss, 3 hari jee yee tak lama tak sampai seminggu punn. After habis orentasi tu, ada balance hari before kuliah dalam 2 hari macamtu, then masa itulah aku ada masa untuk kenal dengan jiran sebaris dengan bilik aku. And guess what ? Most of them adalah kawan sekelas aku, fuhh happy sebab boleh pergi kelas sama sama.

Dan tibalah masanyaaaa, hari pertama ke kelas ! Yeah siapa je kan yang tak excited, ofcourseee. First day tuu just like kumpul dalam kelas, kenal kenal kawan sekelas, ramai weh kelas aku masatu dalam 36 orang. Oh lupa nak inform, btw batch aku merupakan batch pertama yang menggunakan nama course "DIGITAL TECHNOLOGY" which is before this "INFORMATION TECHNOLOGY" but but but, rileks chill nama jee beza isi dalam belajar tu still sama cuma ada little bit yang beza sikit yelah nama pun digital kan so adalah penambahnya sikit. Dan hari yang sama juga kitaorang diperkenalkan dengan our PA (Penasihat Akademik) iaitu Encik Dinnn . My favourite PA evehhhh, dia nie baik, kelakar, loyar buruk, masuk air dan macam macam and ofcourse BIJAK, pensyarah kann mestilah pandai hahahahaa.

Masa first class tu aku still ingat yaa masatu subjek Introduction To Computer System (ICS), kelas nie more too praktikal sebab kena kenal komponen PC, best ofcourse sebab praktikal kann so takdelah bosan and mengantuk sangat sebab Lect masatu Puan Aznira banyak buat aktiviti and yeahh i miss all the memory . But back to normal IT, masa sem 1 tuu ada subjek yang pasal binary code tak silap. Wallahi, masatu aku dah start blur + give up, sebab aku tak minat dan tak suka ! Masatulah pelbagai drama berlaku, semuanya bermula pada awal semester 1 lagi .

Guess what apa yang berlaku ? Saboo jap , aku sambung dekat next entry .

Popular posts from this blog

LUAHKAN PADA ALLAH

DIUJI LAGI ?