SEBUAH KENANGAN




*Bismillah. Allahumma Solli Ala Muhammad .
Dah lama ana tak post entri sejak sekian lama busy dengan exam spm yang telah berlalu pada minggu minggu yang lepas. Alhamdulillah berjalan dengan izninNya. 

Okayla, ana nak kongsikan sedikit kata kata buat sahabat sahabat ana, kata kata mengenai semua perjalanan kami semua sepanjang bergelar menjadi seorang pelajar. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seandainya mahu aku tulis semua kenangan bersama sahabat sekelas , 
rasanya dah boleh buat sebuah buku.

Seandainya mahu aku coretkan semua cerita pahit manis ,
pastinya akan ada airmata yang mengalir.

Seandainya mahu aku ceritakan semua memori terindah ,
tentunya akan ada sebuah senyuman yang terukir.

Seandainya mahu aku buat satu kesimpulan tentang persahabatan ini , sungguh aku tidak mampu simpulkan kerana persahabatan ini bukanlah berakhir di alam persekolahan.

Masih lagi aku teringat, kenangan terakhir yang kita cipta bersama sama iaitu semasa sesi "refleksi diri" , Allahu Akbar ! Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku masatu. Dengan gelak ketawa korang, cerita korang yang maha hebat, luahan korang yang tak terjangkau dek akal fikiran aku. I'm seriously tak expect yang semua masatu nak layan permintaan aku for buat refleksi diri, tapi bila seorang demi seorang dah start buka cerita, so refleksi diri tu jadi lebih menarik dan best.

Walaupun terkadang ada perselisihan pendapatan antara satu sama lain, tapi kita semua berjaya melaluinya . Alhamdulillah . Korang memang kawan yang superb ! Always help each other if ade problem or anything. Kalau dalam satu subjek tuh ade yang tak faham, mesti salah sorang dari korang akan menjadi "sifu" untuk terangkan dan ajarkan .

Nilai persahabatan ini tidak mampu aku gambarkan. Allah sahaja yang tahu. Kenangan kita bersama insyaAllah tidak akan pernah padam. Aku nak tulis panjang lagi, tapi takpelah, biarlah ia menjadi memori ingatan kita bersama. 

Did you guys know, masa SPM , essay english, aku buat number berapa tu dah tak ingat, tapi karangan tu adalah mengenai "apa yang membuatkan anda gembira", dan aku dengan berbesar hati tulis semua cerita kita bersama. Semua aku luahkan dalam karangan tu. Aku tersenyum sorang sorang masa tulis karangan tu, yelah aku flashback balik semua kenangan kita . Sangat banyak dan banyak ! Aku siap buatkan satu video gambar kita sama sama, tapi MasyaAllah lama tahu tak video tuh, sebab gambar kita semua banyak sangat. Dan video masa Sambutan Hari Raya dekat sekolah tuu Allahu Akbar ! akan ku simpan ...
Sayang sangat !

Semua ini adalah kenangan , 
Ya, kenangan kita bersama, kenangan yang tidak akan pernah berulang kembali, 
kenangan yang tidak mungkin akan tercipta tanpa adanya 32orang yang digelar "comrade@dak dak cendana" .

Perjalanan selepas ini akan lebih mencabar kerana tanpa bimbingan seorang guru, tanpa adanya kawan kawan sekelas yang sentiasa memeriahkan hari hari ku.
Sungguh , aku sangat mendahagakan secebis ilmu daripada seorang murabbi , 
aku terlalu menyayangi ukhuwah antara rakan sekelas .

Sebenarnya , ada hikmah kita bertemu dan berpisah. Tetapi janganlah pernah menganggap perpisahan itu berpanjangan , kerana insyaAllah kita akan bertemu lagi dengan izinNya .
Moga kita masih lagi berjumpa bertentangan mata untuk mencipta lagi kenangan yang lebih indah. 

*Buat sahabatku yang dikasihi,
Jika hari ini kita bertentangan mata di dunia,
Moga esok kita akan dapat berjabat tangan di SyurgaNya,
InsyaAllah Aamiin ...

#katakata #perjalanan #persahabatan #alampersekolahan #kenangan #coretanhati 









Popular posts from this blog

LUAHKAN PADA ALLAH

DIUJI LAGI ?

JOURNEY OF DIGITAL TECHNOLOGY STUDENT (PART 2)