JOURNEY OF DIGITAL TECHNOLOGY STUDENT (PART 1)



As you all know, i'm one of student at politeknik in Digital Technology Programs. Now i want to share how my life as student of Politeknik in Course Digital Technology. First of all, Digital Technology stand for Information Technology (IT), its a same but just different by name, so please don't be confuse ...  

Bismillah for start sharing my student's life !

Okay masa mula mula apply this course secara online (upu), nama course nie lain bukan Teknologi Digital tapi adalah "Pengaturcaraan" so i don't know what it's that dan tak pernah lansung terfikir untuk sambung course IT for my diploma actually . At the same time memang tak suka lansung course IT nie . I assume "Pengaturcaraan" nie course yang hmm okay taknak cakap sebab benda nie telah memperbodohkan diri sendiri hahaha. So masa check keputusan tu, Alhamdulillah Ala Kulli Hal that i dapat course tersebut masa tu seronok happy kemain lagi siap macam nak menjerit dekat rumah sebab dapat continue study kan kann. But after a minutes, i explore and do some research about course nie, and suddenly i know this course is INFORMATION TECHNOLOGY that i don't like it Allahu .

Masa tu hanya Allah sahaja tahu hati nie hancur berkecai sekejap sebab yeah bukan course yang di inginkan dan disukai. And buat keputusan mula mula tak nak pergi, before tu ada dapat tawaran at KUIS for Course Human Resource and at MARSAH for Course Usuludin. So i decide untuk pergi KUIS even tak minat sangat HR but it's better dari IT right. Tapi masatu cool down dulu diri, fikir pro and cons semua benda untuk continue study. Ibu mula mula pujuk tapi maybe dia nampak anak dia down sangat, so dia follow je anak dia nak study mana. For the last, i decide to continue study di Politeknik fuhhh satu beban yang besar .

Okay for the first result course yang akan keluar dulu but penempatan akan keluar beberapa hari selepas itu. Then penempatan dah keluar and guess what dapat dekat mana ?

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
DUNGUN, TERENGGANU

Allahu Allah ! Tergamam kejap. Allah jauhnya ke pantai timur . Sungguh aku tak pernah terfikir untuk study sejauh itu. Ya memang aku dah niat nak sangat sambung study jauh, but masa apply UPU tu paling jauh aku apply pun adalah Pahang . Tapi Allah makbulkan doa aku untuk study hingga ke Terengganu . Masatu terus inform family semua yang dapat dekat Terengganu and inform tarikh kemasukkan . After tu biasalaaa prepare for barang nak study yeah everything lah. Tapi sungguh aku rasa heartless sangat, takde perasaan teruja ke happy ke sedih ke. Aku rasa biasa biasa je macam tengah tak ada apa apa yang berlaku padahal aku nak pergi jauh kot Pantai Timur tu.

Family members, kawan kawan and sedara mara dah tahu aku nak sambung belajar masatu . Ramai juga terkejut sebab aku dapat jauh, paling jauh antara kawan kawan yang lain like betul betul membawa diri lah . Ada je sedara mara yang cakap why nak continue sampai jauh sana, course IT je punnn and paling sakit "Politeknik" je punn, macamlah yang area dekat sikit nie takde. But hello , bukan saya yang tetapkan okay . Hah kira bersyukur laa aku nie continue study, okaylaa politeknik, IPTA juga bukan swasta. Lagipun masatu abang aku study dekat je, aku nie dahla perempuan then dapat jauh pulak so it's okay for me . Husnuszon sikit please penat nak jawab setiap pertanyaan diaorang . Sampai tahap hah cakap laa apa pun, yang nak study sekarang nie aku, bukan kau . Fullstop !

Planning semua baik baik. Ayah apply cuti semua, nenek pun follow sekali nak hantar cucu dia sambung belajar kann. That time dahlaa tengah pertengahan puasa, haduhlaaa jauh beb dengan family tapi aku rasa okay je hahaha. Total follow and dalam kereta ada 7 orang termasuk aku sekali . So bertolak dari Johor before sahur around 4.30 am like that and berhenti sahur dekat mana entah tak sure . And well ofcourse perjalanan mengambil masa yang lama sebab Johor ke Terengganu tu kau ingat dekat ke haaa hahahaa its around 7 or 8 hours untuk sampai . Masatu ayah gilir gilir tukar drive dengan abang aku . So aku tak kesah mana part tu yang penting aku nak cepat sampai sebab dah bosan sangat dalam kereta . Alhamdulillah dah jejak di bumi Terengganu.

And guess what apa yang berlaku ???

Okayyy continue part 2 nanti ......

Popular posts from this blog

KAU PEMILIK CINTA ...

AURAT

LUAHKAN PADA ALLAH