LELAKI INGGERIS vs SYEIKH ARAB


Lelaki inggeris itu bertanya kepada Syeikh Arab ,

"Kenapa perempuan Muslimah tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki?"

Syeikh yang beriman itu tidak terus menjawab, sebaliknya Syeikh itu bertanya kepada lelaki inggeris itu , 

"Wahai tuan , adakah tuan boleh berjabat dengan Queen Elizabeth sesuka hati?"

Lantas lelaki inggeris itu menjawab , 

"Sudah tentu tidak , kerana hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang boleh berjabat tangan dengannya."

Syeikh itu pun menjawab soalan lelaki inggeris itu tadi ,

"Jadi , hanya orang-orang yang terentu sahaja yang boleh berjabat tangan dengan perempuan Muslimah."

Lalu, lelaki inggeris itu bertanya lagi ,

"Jika begitu , mengapa perempuan Muslimah perlu bertutup ? Adakah tidak panas ?"

Syeikh itu mengeluarkan dua biji gula gula. Sebiji gula gula bersalut , manakala sebiji lagi sudah tidak bersalut . Syeikh itu bertanya ,

"Antara kedua-dua gula gula ini , yang mana satu akan menjadi pilihan kamu ?"

Lelaki inggeris itu menjawab ,

"Jikalau soalan ini ditanya pada kanak-kanak tahun 1 pun , mereka pasti akan memilih gula gula yang masih bersalut . Tidak mungkin saya akan memilih gula gula yang sudah tidak bersalut , kemudian memakannya."

Syeikh pun menjawab ,

"Begitu juga dengan wanita Muslimah , yang tertutup lagi terpelihara ."



*Lagi sedikit tubuh kita didedahkan , maka lagi tinggi nilai dan kredibiliti kita."
-Dr. Harlina


#katakata #bidadaridunia #muhasabah

Popular posts from this blog

KAU PEMILIK CINTA ...

AURAT

LUAHKAN PADA ALLAH