MUSIBAH



Allah pernah sebut :


" Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

-Surah at-Taghabun (64):11-


Selalunya bila kita di timpakan dengan satu musibah, ujian atau dugaan, kita sering kali akan persoalkan :

Kenapa aku yang kena...?"
Betul ke Allah sayang aku...?"
Kenapa Allah ambil dia daripada aku...?"


Kenapa, kenapa dan macam-macam lagi rungutan atau keluhan yang seringkali dikeluarkan dari mulut atau akal fikiran apabila di timpa musibah. 

Jika kita sering berfikir sebegitu rupa, itu tandanya iman kita semakin hilang atau goyang. Dan kerana itulah Allah kata kepada sesiapa yang boleh bertahan imannya :


"Allah akan pimpin hatinya untuk menerima apa yang berlaku."


Sebenarnya, Allah sayangkan kita, kerana itulah Allah masih lagi membimbing hati kita ini. Kita sendiri tak tahu yang hati kita nie di bimbing oleh Allah atau tidak dan kerana itu orang yang pasti hatinya dibimbing oleh Allah akan sentiasa bersabar dan sentiasa beriman walaupun sering di timpa dengan ujian yang maha dahsyat.

Kita sendiri kena faham dan sedar bahawa kita semua nie milik mutlak Allah.. Diri kita nie adalah kepunyaan Allah.. Hati kita nie Allah yang pegang, Allah sahaja yang boleh membolak-balikkan hati kita nie. Dan kerana itulah kita perlu sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah supaya hati kita sentiasa terpelihara daripada hasutan syaitan dan agar ditetapkan hati ini supaya terus beriman dan bertaqwa...

Musibah nie sebenarnya dapat mendekatkan diri kita dengan Allah, seandainya kita bersabar, Allah pasti dan pasti akan bimbing hati kita dan seterusnya bimbing perasaan kita, emosi kita, tingkah laku kita..

Ingatlah, Allah akan berikan kemenangan kepada orang yang bersabar, dan Allah juga akan berikan ketabahan kepada orang yang redha..

Moga Allah sentiasa membimbing hati kita untuk melalui segala musibah yang Allah berikan. Dan moga Allah terus memberikan kekuatan untuk kita sentiasa beriman dan bertaqwa kepada-Nya sampai bila-bila.. 


Wallahu a'alam...


#katakata




Popular posts from this blog

KAU PEMILIK CINTA ...

AURAT

LUAHKAN PADA ALLAH