MINI PAVLOVA
First time try buat pavlova ini dengan kawan kawan.. Masya-Allah, tak susah pun .. Alhamdulillah, berkat kesabaran yang tinggi time nak baked pavlova ini.. Mane tak nyeee, first bakar tuu dahlaa 6 ketul jee dalam loyang, then nak baked tuu makan masa selama "1 hours", tapi takpelahh, Alhamdulillah menjadi and sedap.
Kann orang pernah cakap "the first attempt was the most best" .. So percaya pada diri sendiri yang boleh buat pavlova nie.. So just try to make it, okay !
Masa first paip cream pavlova tuu, Allahu Akbar ! Macam macam bentuk and rupa ada.. Gelak and sabar jelah mampu, nasib nak makan sendiri. Cube kalau nak bagi dekat "mak mertua" kee, agak agak macam mane reaksi muka dia nanti.. Hahahaa...
But Alhamdulillah, lepas practice paip, so terhasil lah mini pavlova yang kecil molek dekat gambar atas tuu.. Allah sahaja yang tahu perasaan kami semua lepas tengok mini pavlova nie siap... Woahh woahh woahh !
Kena lahh faham , kalau dah berjemaah "anak dara" masuk dapur, memang kecohh Masya-Allah.. Ini tak kena laa, itu tak kena lahh and macam macam lagi... But it's okay, experience tuu sangat penting tau..
Okaylahh.. Mehh sini cheq nak kongsikan resepi mini pavlova nie dekat hangpa.. Yelaaa, ilmu nie kenalah kongsi-kongsi, barulah dapat mendatangkan manfaaat..
Bahan-bahan yang diperlukan:
-4 biji telur putih (gred A)
-200gm gula kastor
-1 sudu teh esen vanilla
-1/2 sudu besar tepung jagung
-1 sudu teh cuka makanan
-Buah strawberi, anggur, kiwi, apple
For topping:
-1 cawan whipping cream
-1 1/2 sudu besar gula halus @ gula icing
-1/2 sudu teh esen vanilla
*Tapi sebenarnya kalau for topping nie, saya pakai cream yang buat for meringue tuu.. Sebab tak payah membazir buat banyak-banyak..
Cara-cara:
1. Pukul putih telur bersama gula kastor tuu, pukul sampai sebati.. Teruskan adunan tuu sampai jadi berkilat, then berhenti.
2. Masukkan tepung jagung, esen vanilla, cuka makanan ke dalam adunan dan teruskan memukul adunan tersebut sampai menjadi meringue.
3. Nak tahu macam mana adunan tersebut dah jadi meringue, terbalikkan mangkuk pengadun tadi kebawah dan kira sampai 10, jika adunan tersebut tak jatuh, maka adunan tu dah jadi meringue, tapi jika terbalikkan sikit adunan tu macam still cair, teruskan pukul sehingga menjadi meringue. "jangan putus asa tau ! memang penat buat meringue, tangan lenguh mak aihhh"
4. Lepas meringue dah siap, masukkan meringue tuu kedalam paiping bag. Then paip ikut cita rasa bentuk dan rupa sendiri.. "kalau saya, buat bulat, mcm gambar dekat atas tu."
5. Panaskan oven pada suhu 150'C. Kalau boleh, panaskan lebih kurang 10@15 minit awal sebelum nak bakar.
6. Masukkan meringue tadi ke dalam oven dan bakar selama 1 jam dalam suhu 150'C.
7. Lepas 15 minit, tukarkan suhu oven pada 140'C .
8. Lepas 1 jam, keluarkan meringue tadi dari oven dan lihat perubahan warna seperti coklat muda. Bila tekan sikit, pavlova tuu keras but "careful sebab pavlova tu mudah hancur tau, jangan tekan kuat sangat."
9. Biarkan sejuk sekejap. After that, hiaslah mini pavlova tu dengan topping yang dah dibuat serta hiaskan dengan buah-buahan, ikut cita rasa sendiri..
10. Dah siap ! Yeayyyyy... Kalau nak sedap, masukkan dalam peti ais dulu, biarkan sejuk.. barulaa sedap makan ....
-Selamat Mencuba-