GELARAN
Bismillah...
Entri ana pada harini, adalah ana nak kongsikan sedikit mengenai "GELARAN"..
Baiklah, semua orang pada harini mesti ada gelaran yang tersendiri kann ? Cuba kita tengok atau flashback balik, macam mane gelaran yang ada pada diri kita boleh wujud. Adakah hanya sebagai nama panggilan, adakah hanya untuk mengejek orang lain, dan sebagainya. "Tepuk Dada, Tanya Iman..."
Okay. Ana sendiri ada gelaran yang sering kawan-kawan ana bagi, cikgu ana bagi dan macam macam lagi lah. Tapi sebenarnya ana sendiri bimbang dan takut..
Kenapa ana bimbang dan takut ?
Sebab... Ana takut, adakah dengan gelaran itu mampu untuk meraih kita mendapatkan Syurga-Nya atau dengan gelaran itu, diri kita sendiri boleh terjerumus ke Neraka Jahanam.
Allahu Akbar ! Nauzubillah, mohon dijauhkan ...
Adakah dengan gelaran itu, diri kita akan jadi riak, takbur, sombong, bangga diri dengan pujian di atas gelaran tersebut.. Atau, dengan gelaran itu, diri kita ini lebih dekat dengan Allah, sentiasa melakukan suruhan-Nya dan tinggalkan larangan-Nya. Adakah dengan gelaran itu, kita mampu membawa diri kita ke jalan yang benar, sentiasa jaga ikhtilat, jaga pandangan, jaga percakapan atau sebagainya... Allahu Rabbi !
Ana nak kongsikan sedikit cerita mengenai seorang ulama yang bernama "Nu'man Bin Thabit" atau lebih dikenali sebagai Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi)
Satu hari, ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan, beliau terserempak atau berselisih dengan seorang anak kecil yang berjalan dengan menggunakan sepatu kayu.
Lalu, Sang Imam berkata, "hati-hatilah dengan sepatu mu itu, jangan sampai kamu tergelincir."
Anak kecil itu tersenyum serta mengucapkan terima kasih atas keperihatinan Imam Abu Hanifah. "Bolehkah saya tahu nama tuan ?" anak kecil itu bertanya kepada Imam Abu Hanifah.
Nu'man namaku, jawab sang Imam.
"Jadi, tuanlah yang selama ini terkenal dengan gelaran al'Imam al-A'dhom (Imam Agung)?" tanya si anak kecil itu.
Lalu Imam Abu Hanifah menjawab, "Bukan aku yang memberikan gelaran itu, tetapi masyarakat berprasangka baik dan memberikan gelaran itu kepadaku."
"Wahai Imam, berhati-hatilah dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke Neraka kerana gelaran itu. Sepatu kayu ku mungkin dapat menggelincirkan aku di dunia, tetapi dengan gelaran mu itu dapat menjerumuskan dirimu ke Api Neraka jika kesombongan dan keangkuhan yang menyertainya." berkata si anak kecil itu.
Ulama Besar yang di ikuti oleh ramai umat Islam itu, jatuh tersungkur lalu menangis...
Lihatlah, seorang anak kecil mampu menasihati seorang Ulama Besar. Allahu Akbar ! Tak salah dengan gelaran yang di berikan jika kita menggunakan gelaran tersebut dengan sebaiknya.. Jangan pernah sombong dan angkuh dengan gelaran ! Kerana gelaran itu hanyalah sementara.. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara, Akhirat adalah tempat selamanya.
Berapa ramai manusia yang tertipu dengan pangkat, jawatan dan darjat... Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan ...
Jika gelaran tersebut mampu membawa diri kita lebih dekat dengan Allah dan Rasulullah, maka bersyukurlah dan sentiasa merendahkan diri.. Jika gelaran tersebut membawa diri kita jauh daripada Allah dan Rasulullah, maka berhentilah menjadi angkuh dan sombong ! Bertaubatlah kembali. Pintu taubat sentiasa terbuka selagi roh masih berada di dalam diri kita, dan pintu taubat sentiasa terbuka sehingga ke Hari Kiamat ...
Wallahu'alam...
#katakata