Jika terdetik di hati " Aku Suka Dia ", Salurkanlah rasa suka itu pada jalan yang Allah redha. Bukan dengan meluahkan padanya dengan berkata " I Love You " , Tapi luahkanlah pada pemegang hatinya iaitu Allah swt , Luahkanlah segala rasa padaNya , InsyaAllah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat para hambanya. Lakukanlah pada jalan yang menunjukkan dirimu benar benar mencintainya kerana Allah , Bukanlah kerana hawa nafsu semata mata. Andai benar terlalu suka , Suntinglah dia menjadi zaujah untukmu dengan cara yang betul , Jumpalah dengan walinya secara bersemuka , Bukanlah dengan cara propose gaya barat. Jadilah orang yang bertanggungjawab, Kelak insyaAllah kamu akan menjadi seorang nahkoda yang hebat. Biiznillah . @_nurathierah