Pesanan Dariku ...

Wahai teman dan sahabat ,
Hayatilah setiap aksara sajakku ini ,
Agar ia menjadi dinding pedoman ,
Buat diri dan diriku ini .

Apakah makna disayangi dan menyayangi ,
Janganlah cuba disalah erti ,
Kerana Allah sudah berjanji ,
Pasti jodoh ada menanti .

Jangan cuba dekati cinta ,
Andai iman senipis awan , 
Kerana Rasulullah sudah berpesan ,
Bahawa apabila berdua pasti ada yang ketiga .

Bicara indah semanis madu ,
Itulah kekuatan si pemain cinta ,
Waspadalah wahai juwita ,
Kerana ia hanya racun berbisa .

Bukan salah untuk berteman ,
Namun perlulah berbatas ,
Bukan salah untuk bercinta ,
Tunggulah apabila masanya tiba .

Popular posts from this blog

KAU PEMILIK CINTA ...

AURAT

LUAHKAN PADA ALLAH