Pesanan Dariku ... Wahai teman dan sahabat , Hayatilah setiap aksara sajakku ini , Agar ia menjadi dinding pedoman , Buat diri dan diriku ini . Apakah makna disayangi dan menyayangi , Janganlah cuba disalah erti , Kerana Allah sudah berjanji , Pasti jodoh ada menanti . Jangan cuba dekati cinta , Andai iman senipis awan , Kerana Rasulullah sudah berpesan , Bahawa apabila berdua pasti ada yang ketiga . Bicara indah semanis madu , Itulah kekuatan si pemain cinta , Waspadalah wahai juwita , Kerana ia hanya racun berbisa . Bukan salah untuk berteman , Namun perlulah berbatas , Bukan salah untuk bercinta , Tunggulah apabila masanya tiba .