SEBUAH KENANGAN
*Bismillah. Allahumma Solli Ala Muhammad . Dah lama ana tak post entri sejak sekian lama busy dengan exam spm yang telah berlalu pada minggu minggu yang lepas. Alhamdulillah berjalan dengan izninNya. Okayla, ana nak kongsikan sedikit kata kata buat sahabat sahabat ana, kata kata mengenai semua perjalanan kami semua sepanjang bergelar menjadi seorang pelajar. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Seandainya mahu aku tulis semua kenangan bersama sahabat sekelas , rasanya dah boleh buat sebuah buku. Seandainya mahu aku coretkan semua cerita pahit manis , pastinya akan ada airmata yang mengalir. Seandainya mahu aku ceritakan semua memori terindah , tentunya akan ada sebuah senyuman yang terukir. Seandainya mahu aku buat satu kesimpulan tentang persahabatan ini , sungguh aku tidak mampu simpulkan kerana persahabatan ini bukanlah berakhir di alam persekolahan. Masih lagi aku tering...