Posts

Showing posts from January, 2017

WAHAI WANITA

Image
Saat Allah menciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat sangat utama. Allah menciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup lembut dan selesa untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak tidur. Allah memebrikan wanita itu kekuatan untuk melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali dia menerima cerca daripada anaknya. Allah memberikan keteguhan, yang sentiasa membuatnya untuk tetap bertahan serta tidak pernah kenal erti menyerah saat semua orang sudah berputus asa. Pada wanita itu, Allah memberikan kesabaran untuk merawat keluarganya, walau dia letih, sakit serta lelah, tetapi dia tetap melakukannya tanpa berkeluh kesah. Allah memberikan wanita itu perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam keadaan serta situasi apa pun. Walaupun anak anaknya sering melukai hatinya. Allah memberikan wanita itu airmata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berik

SAHABAT KERANA ALLAH

Image
Pernah tak ? Kawan kawan kau perlahan-lahan pergi meninggalkan kau ketika kau mula aktif dalam dunia tarbiyah. Sejak kau mula membuka cerita mengenai Islam, mengenai agama. Sejak kau selalu menegur dan menasihati mereka untuk berubah kearah kebaikkan.  Pernah tak ? Kawan kawan kau mula mengelak dan berhenti untuk terus bertegur sapa dengan kau, sebab mereka rasa tak selesa tengok kau berpakaian seperti hendak ke masjid. Mereka rasa tak selesa nak mencarut atau buka cerita cerita gosip depan kau, then mereka jauhkan diri dari kau dan hanya lepak- lepak sama mereka sahaja. Wallahi ! Tanpa kau sedar, kawan kawan baik kau selama ini kau sayang, yang dahulunya selalu bersama-sama keluar makan, tengok wayang sekali, tetapi kini terasa seperti orang asing yang tak pernah kenal antara satu sama lain. Sehinggakan kau sendiri rasa serba salah dan juga malu untuk bertanya khabar kerana takut mereka tak suka dan rasa tak selesa. Saat itu, mesti kau akan terasa sunyi dan sedih.