KAU DIPILIH ? BERSYUKURLAH
Kita semua pernah menjadi jahil . Jahil pada Agama, Jahil pada Nafsu, Jahil pada Pemakaian, Jahil pada Pergaulan, Dan jahil pada perkara perkara lain. Kita bukan Nabi yang Maksum. Kita bukan Malaikat yang sentiasa imannya tidak pernah berkurang. Kita pernah menjadi "hamba" kepada Dunia. Kita sendiri tahu bagaimana keseronokkannya. Kita tahu betapa kuatnya diri ini apabila manusia sentiasa memuji tetapi hakikatnya itu adalah perli. Tidak mengapa. Jika sekarang hatimu itu sedar dengan segala tarbiyah daripada Allah, maka anggaplah dirimu itu telah dipilih daripada mereka yang masih lagi ditakuk lama. Kau telah dipilih untuk tinggalkan JAHILIYAH dan merubah dirimu untuk sentiasa berMUHASABAH, Kau dipilih oleh Allah agar kau tahu bahawa dunia ini penuh dengan penipuan dan juga penuh dengan tipu helah manusia. Kau dipilih agar kembali ke arah yang BENAR dan balik ke PANGKAL JALAN. Kau dipilih oleh Allah, supaya hidup kau tidak lagi disia-siakan dengan pelbag